--> ::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #F778A1;} ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #FDEEF9; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; } ::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #F778A1;} ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #FDEEF4; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; }
  • Home
  • Contact Me
  • Shop Online
  • Tutorial Blog
  • Free Sample
  • Pastry Food

Jumaat, 30 Oktober 2015

cara buat pizza

Bahan-bahan Doh Pizza

250 gram tepung berprotein tinggi
100 gram tepung gandum
8 gram yis
½ sudu teh garam halus
½ sudu teh bread improver
50 ml minyak masak
140 ml air
Langkah Demi Langkah Membuat Doh Pizza

Campurkan semua jenis tepung ke dalam sebuah bekas
Masukkan yis dan gaul rata
Masukkan garam ke dalam campuran tepung dan yis tadi
Masukkan air sekit demi sedikit dan gaul adunan menjadi sebati menggunakan hujung jari
Masukkan minyak dan gaul lagi sehingga menjadi doh
Rehatkan doh di dalam bekas yang dilitupi kain lembap atau plastik selama 30 minit
Keluarkan doh dan canai mengikut ketebalan yang diingini
Cucuk keliling doh dan bahagian tengah doh dengan menggunakan hujung garpu
Letakkan di atas dulang pembakar
Bakar doh separuh masak selama 10 minit pada suhu 150 darjah Celcius


Tips Penting Membuat Doh Pizza

Pastikan semua tepung dicampurkan rata dan digaul dengan yis sebelum mencampurkan garam.Ini kerana,yis yang terkena garam secara langsung akan mematikan yis tadi. Hasilnya,roti tidak akan naik.
Gaul adunan dengan menggunakan hujung jari terlebih dahulu bagi memastikan agar adunan lebih ringan.
Masukkan air sedikit demi sedikit agar adunan tidak terlembik.
Uli doh selama 30 minit sebelum doh direhatkan
Canai doh mengikut ketebalan yang disukai. Jika sukakan roti pizza yang lebih nipis, canai sehingga doh menjadi nipis dan begitulah sebaliknya.
Tujuan mencucuk garpu di sekeliling doh yang telah dicanai adalah untuk menjadikan roti keliling roti pizza lebih rangup dan kembung seperti yang dibeli di kedai pizza
Roti perlu dibakar separuh masak kerana ia akan dibakar sekali lagi dengan inti di atasnya
Roti yang dibakar separuh masak juga boleh disimpan di dalam peti sejuk beku dan dikeluarkan sekiranya mahu dimakan
Dicatat oleh Unknown di Jumaat, Oktober 30, 2015
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

> ='blog-pager-newer-link ' expr:href='data:newerPageUrl' expr:id='data:widget.instanceId + "_blog-pager-newer-link"' expr:href=''>Laman utama >> class='home-link' /a>
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
Asmaul Husna 99 Beautiful Names of Allah

member

enjoy

blog

janatul

Pink Spinning Heart Within A Heart

aliya