--> ::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #F778A1;} ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #FDEEF9; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; } ::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #F778A1;} ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #FDEEF4; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; }
  • Home
  • Contact Me
  • Shop Online
  • Tutorial Blog
  • Free Sample
  • Pastry Food

Sabtu, 19 September 2015

DAFTAR KELAB TAHA ATAU TAHA@U


Alt text


as salam.entri kali ini megenai kelab taha atau kelab taha@U bagi biasiswa dan biasiswi.Terlalu banyak keistemawaannya.Kepada sesiapa yang berminat bolehlah pergi ke mana-mana cawang Tabung Haji terdekat untuk mendaftar.Saya pun dah mendaftar..kisahnya begini-actually,bukan azam pergi ke pejabat tabung haji tu terus untuk mendaftar kad kelab taha tetapi,hanya untuk memasukkan wang kedalam akaun.then,saya terjumpa sehelai borang untuk mendaftar tabung haji.sya berminat dan terus isi borang tersebut.hantar.

beberapa minggu kemudian,
saya dapat kad kelab taha secara pos.happy sangat!

*maaf,post berbolok sekali..abaikan je,kalau tak faham.

ini dia!post by official website tabung haji about kelab taha(copy n paste)

Latarbelakang Penubuhan

Kelab TaHa dilancarkan pada tahun 2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi yang disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Zahid b Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Penubuhan kelab disasarkan kepada penabung muda yang berumur dari 7 hingga 17 tahun.

Objektif

  • Menanam minat menabung sejak di bangku sekolah. Menyemai rasa bangga menjadi ahli Tabung Haji (TH) di usia muda
  • Menganjurkan program-program khas untuk manfaat tambahan kepada ahli kelab seperti Seminar Bimbingan Peperiksaan, perkhemahan ibadah dan sebagainya
  • Mempelbagaikan program dan aktiviti untuk pendeposit muda dan membangkitkan keinginan menyahut laungan Kaabah di usia muda

Keistimewaan

  • Kad keahlian secara percuma
  • Potongan harga di lebih 300 rangkaian rakan Kelab TaHa di seluruh Malaysia
  • Potongan 15% harga penginapan di mana-mana Rangkaian TAHA
  • Layak dipertimbangkan untuk Anugerah Kecemerlangan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM.*
  • Penyertaan Klinik Bimbingan Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM secara percuma.*
  • Peluang menyertai peraduan dan memenangi hadiah yang menarik.*
    * Tertakluk kepada syarat dan terma.
Lihat senarai Rakan Kelab TaHa

Borang Pendaftaran

Syarat-syarat Menjadi Ahli :

  • Individu beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Permastautin tetap
  • Berumur 7 hingga 17 tahun
  • Telah mempunyai akaun TH, jika belum boleh membuka akaun TH serendah RM2
  • Mendaftar sebagai Ahli Kelab TaHa dengan mengisi borang yang boleh diperolehi dengan cara-cara berikut :
    • Laman Web Rasmi TH
    • Semua pejabat TH
Muat turun borang pendaftaran

Aktiviti-aktiviti

Anugerah Kecemerlangan Kelab TaHa

  • Majlis tahunan yang dianjurkan oleh Kelab TaHa sebagai penghargaan TH dan motivasi kepada Ahli Kelab TaHa yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR-5A, PT3-8A, SPM/SPMV-9A.
Muat turun borang anugerah kecemerlangan

Seminar Bimbingan Peperiksaan

  • Merupakan aktiviti yang ditaja dan dibiayai sepenuhnya oleh TH diberi secara percuma kepada ahli Kelab TaHa
  • Persediaan kepada Ahli Kelab TaHa untuk menghadapi peperiksaan (UPSR, PT3, SPM)
  • Dijalankan di seluruh negeri

Kem Bijak

  • Memberi pendedahan, bertukar pandangan / pengalaman sesama peserta, meningkatkan kemahiran berpasukan, meningkatkan keyakinan diri dan memotivasikan diri
  • Selain itu, dapat mengumpulkan Ahli Kelab TaHa dari pelbagai tempat dan menjalankan aktiviti bersama-sama

English Camp

  • Bertujuan untuk memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar sekolah, agar mereka lebih berkeyakinan apabila berkomunikasi dan bersedia untuk menghadapi dunia luar yang semakin mencabar.
thanks..because sudi membaca entri yang entah apa2,blogger saya!
#tenggorek














Dicatat oleh Unknown di Sabtu, September 19, 2015
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

> ='blog-pager-newer-link ' expr:href='data:newerPageUrl' expr:id='data:widget.instanceId + "_blog-pager-newer-link"' expr:href=''>Laman utama >> class='home-link' /a>
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
Asmaul Husna 99 Beautiful Names of Allah

member

enjoy

blog

janatul

Pink Spinning Heart Within A Heart

aliya